SmartPafa :: Khas Untuk Semua :: SmartPafa

Wuduk

Saturday, 23 July 2011




Wuduk

Pengertian wuduk
Membasuh atau menyapu anggota tertentu dengan air mutlak dimulai dengan niat .

Hukum wuduk
WAJIB   : Ketika hendak Solat ,Tawaf , Menyentuh Al Quran ,Sujud Tilawah ,Sujud Syukur  
SUNAT   : Ketika hendak memasuki majlis ilmu ,tidur ,belajar ,membaca al-Quran / hadis dll


Rukun-rukun wuduk



1.Niat  - Ketika air sampai ke muka – 'Sahaja aku berwuduk kerana Allah taala'
2.Membasuh MukaBermula dari tempat tumbuh rambut di dahi  hingga ke
                                   dagu & Dari anak telinga kanan ke anak telinga kiri
3.Membasuh kedua-dua tangan  hingga ke siku-
4.Menyapu sebahagian kepalaSapu sebahagian rambut di dahi  sahaja
                                                  - Jika tidak berambut memadai sapu kulit kepala
5.Membasuh kedua belah kaki hingga buku lali
6.TertibMelakukan semua rukun wuduk mengikut tertib




READ MORE - Wuduk

Tayammum



Tayammum
Tayammum : Perkataan tayammum menurut bahasa bererti menuju, sedangkan menurut syarak ialah menggunakan tanah yang bersih dan berdebu untuk menyapu muka untuk menghilangkan hadats menurut cara yang telah ditetapkan oleh syarak.

Tayammum juga boleh digunakan untuk menggantikan wudhuk dan mandi janabah jika berjunub, dengan syarat-syarat tetentu.

Tayammum adalah salah satu rukhsah atau keringanan bagi orang-orang yang tidak diperkenankan menggunakan air kerana sakit atau kerana ketiadaan air atau sukar mendapatkannya.

Jika kita sakit dan dinasihatkan oleh Doktor kita tidak boleh terkena air, jika terkena air akan membahayakan nyawa atau kita berada di suatu tempat yang tiada air. Maka kita bolehlah bertayamum untuk menggantikan wuduk.

Harus bertayammum bagi musafir yang hanya mempunyai air cukup untuk diminum sahaja. Jika digunakan untuk mengambil wudhuk maka air itu akan habis dan tiada lagi air untuk diminum.

Tayammum tegas disyari’atkan berdasarkan Kitab, Sunnah dan Ijma’. Sebagaimana firman Allah s.w.t.:



Tayammum harus menggunakan debu yang suci. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud;

Dan pada hadits Huzaifah yang dikeluarkan oleh Muslim: “Dan tanahnya dijadikan alat pembersih bagi kita, apabila kita tidak dapat air”.

Dan dari Ali r.a. dalam riwayat Ahmad: “Dan tanah ini dijadikan alat pembersih bagiku”.

Rukun Tayammum

1. Niat;
Membaca niat sebelum bertayamum, tekan kedua tapak tangan di atas tanah yang bersih dan berdebu. "Nawaitut tayamumma liistibahatis solaah" ertinya "Sahaja aku tayamum kerana menguruskan sembahyang ".
Lafaz niat:


2. Menyapu muka;
Menyapu muka dengan tanah yang bersih dan berdebu dengan sekali tepukan.

3. Menyapu tangan;
Memulakan tangan kanan hingga sampai ke siku dengan tanah yang bersih dan berdebu dan diikuti dengan tangan kiri.

4. Tertib;
Bermakna mengikut urutan atau turutan (dahulukan niat, muka kemudian tangan).

Cara Bertayammum



1. Menepuk dua telapak tangan ke tanah atau debu yang bersih dengan jari jemari direnggangkan agar debu boleh memasuki celah-celah jari sambil berniat sebagaimana lafaz niat di atas. Angkat dan kipaskan atau tiupkan agar nipis debunya.
2. Kemudian menyapu ke muka dengan dimulakan kedua-dua tapak tangan (tanpa menggunakan jari) dari dagu membawa kepipi dan menyapu dengan debu ditapak jari ke dahi, kemudian akhirnya menggunakan dua ibu jari bawa turun kehidung.
3. Setelah itu ditepuk lagi tangan ke tanah sebagaimana langkah yang pertama dan meletakkan tapak jari kiri (tanpa mengganggu tapaknya) di bawah belakang jari kanan membawa kesiku. Setelah melepasi siku pusing tapak tangan ke atas dan menggosok lengan bahagian atas dengan tapak tangan hingga pergelangan tangan dan akhirnya menggunakan tapak ibu jari kiri menyapu ke belakang ibu jari kanan.
4. Ulangi perbuatan yang sama dengan menggunakan tapak tangan dan tapak jari kanan untuk menyapu tangan yang kiri.

Syarat-Syarat Sah Tayammum

1. Sesudah masuk waktu solat (sebelum masuk waktu tidak boleh bertayamum).
2. Sesudah berusaha atau berikhtiar mencari air tetapi tidak berjumpa atau air yang hendak digunakan terlalu sedikit ataupun cuma untuk minuman sahaja.
3. Sebelum melakukan tayamum hendaklah terlebih dahulu menghilangkan najis jika ada.
4. Anggota wudhuk tidak boleh terkena air. Jika terkena akan memberi mudharat kepada penyakitnya


Sunat-Sunat Tayammum
1. Menghadap ke arah Kiblat.
2. Membaca "Bismillah hirrahman nirrahim".
3. Menipiskan debu di tangan.


Perkara Yang Membatalkan Tayammum

1. Setiap perkara yang membatalkan wudhuk: Segala apa perbuatan atau perlakuan yang membatalkan wuduk maka akan batal juga tayamum.

2. Adanya air: setelah hendak melakukan solat terlihat air atau terdengar berita ditemui punca air, atau turunnya hujan dengan lebat, maka batallah tayammum. Setengah mazhab berpendapat batal juga solat apabila dalam perjalanan solatnya ditemui punca-punca air tadi. Namun mengikut Mazhab Syafi’e dan Maliki; setelah takbiratul ihram akan sah solat seseorang yang bertayammum walaupun terdapat air ketika itu. Dan tidak wajib diulangi solatnya. Mereka berpandukan kepada hadits riwayat Sa’id al-Khudri, katanya:
“Dua orang lelaki keluar bermusafir dan mereka tidak mempunyai air. Kemudian tiba waktu solat, lalu mereka bertayamum dengan tanah (debu) yang baik (bersih), setelah itu mereka mendapatkan waktu dan masih dalam waktu solat, maka salah seorang daripadanya berwudhuk dan mengulangi solatnya, sedang seorang lagi tidak mengulanginya. Kemudian mereka datang kepada Rasulullah dan menceritakan peristiwa yang dialaminya itu kepada baginda. Maka bersabdalah baginda kepada orang yang tidak mengulanginya: Engkau telah berbuat sesuai dengan sunnah dan solatmu itu telah cukup bagimu. Dan kepada orang yang mengulagi wudhuk dan solatnya beliau bersabda: Engkau mendapat pahala dua kali ganda”. (Hadits riwayat Abu Daud, Nasa’I dan lain-lain)

3. Murtad: Iaitu mengingkari agama Islam setelah memeluknya, walaupun sekejap.
4. Bertukar waktu solat: Ini bermakna apabila tayammum yang diambil pada waktu solat fardhu zohor, akan terbatal untuk solat fardhu yang lain, dan wajiblah diperbaharui apabila masuk waktu Asar.

Sumber: http://ensiklopediamuslim.blogspot.com/2009/02/tayammum.html

READ MORE - Tayammum

Istinjak



Istinjak ialah menghilangkan najis yang terdapat pada kemaluan selepas membuang air kecil atau air besar.

Hukumnya wajib sama ada dengan air atau dengan batu tetapi menggunakan kedua-duannya sekali adalah lebih afdal.

BERISTINJAK DENGAN BATU

Beristinjak dengan batu atau dengan alat-alat lain yang keras seperti kulit kayu atau sebagainya begitu jarang diamalkan kerana kemudahan air yang meluas di Malaysia.

Walau bagaimanapun, kadangkala terpaksa menggunakan batu, jika berlaku kemarau atau air sukar diperolehi.

Beristinjak dengan batu hendaklah (wajib) dengan cara tiga kali sapu walaupun dengan menggunakan tiga penjuru. Sekiranya masih belum bersih wajiblah diulang sehingga benar-benar bersih.



SYARAT-SYARAT BERISTINJAK MENGGUNAKAN BATU

1. Najis itu tidak beralih dari tempat asal

2. Najis masih belum kering

3. Tidak ada benda-benda asing yang melekat di kemaluan.

PERKARA SUNAT BERISTINJAK DENGAN BATU

1. Disunatkan beristinjak dengan bilangan ganjil sama ada tiga, lima , tujuh kali dan seterusnya.

2. Disunatkan juga supaya menggunakan tangan kiri.

BERISTINJAK DENGAN AIR

Beristinjak menggunakan air samalah juga dengan menggunakan batu tadi iaitu dibersihkan sehingga hilang bau, rasa, zat dan warnanya.

Dalam hali ini, memang menjadi masalah untuk mengetahui. Oleh itu, untuk memastikannya adalah dengan tangan anda. Apabila dirasai kesat bermakna dubur (kemaluan belakang) itu bersih.

Sebaik-baik sahaja selesai beristinjak, maka disunatkan membaca.

Maksudnya: "Ya Allah, bersihkan hatiku daripada sifat munafik dan peliharalah kemaluanku daripada kejelekan(kekotoran).


ADAB BERISTINJAK

Semasa melakukan istinjak kita dilarang menggunakan tangan kanan.

Apabila selesai melakukan istinjak dan ketika keluar dari tandas, dahulukan kai kanan untuk bergerak keluar dan memuji Allah yang telah menghilangkan penyakit.
READ MORE - Istinjak

Rukun Iman




Rukun Iman ada enam (6) perkara :
(1) Beriman kepada ALLAH SWT
(2) Beriman kepada Malaikat-malaikat
(3) Beriman kepada Kitab-kitab
(4) Beriman kepada Rasul-rasul
(5) Beriman kepada Hari Kiamat
(6) Beriman kepada Qada dan Qadar
READ MORE - Rukun Iman

Rukun Islam


Rukun Islam bermaksud; menyembah dan mengabdikan diri kepada Allah melalui seluruh kehidupan kita, jiwa raga kita dan harta milik kita sehingga tertegaknya KEISLAMAN yang sempurna.
  1. MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAT “Aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan Nabi Muhamad itu adalah pesuruhnya ” Dengan Syahadatain, iaitu, kita mengabdikan diri dengan hati sanubari dan dengan pengakuan lidah kita bahawa Tuhan yang Maha Esa itu adalah Allah s. w. t. dan Nabi Muhamad s. a. w. itu adalah pesuruhnya.
  2. SOLAT LIMA WAKTU SEHARI SEMALAM, iaitu, dengan sembahyang, kita mengabdikan seluruh tubuh badan kita menyembah kepadaNya. Mulai dari lidah membaca, tangan bergerak, mata, telinga, dan fikiran terpusat dengan mengikut susunan rukun sembahyang yang diajarkan oleh Nabi Muhamad s. a. w.
  3. BERPUASA PADA BULAN RAMADHAN, iaitu, dengan berpuasa, kita mengabdikan hawa nafsu dan keinginan kita kepada Allah. Denganmenahan nafsu makan dan minum serta menjauhi segala laranganNya, secara tidak langsung akn melahirkan rasa keinsafan di dalam keperibadian kita serta meningkatkan ketaqwaan kepada Allah s. w. t.
  4. MENGELUARKAN ZAKAT, iatu, dengan zakat, kita mengabdikan diri kepada Tuhan dengan menyerahkan sebahagian harta milik kita kepada mereka yang berhak menerimanya mengikut agama.
  5. MENGERJAKAN HAJI DI BAITULLAH, iaitu, dengan mengerjakan Haji, kita menyembah Allah dengan harta kekayaan milik kita, dan mengunjungi ke Baitullah bagi mereka yang berkemampuan sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.
READ MORE - Rukun Islam

Penilaian Pafa: Kod 1

Friday, 22 July 2011



KOD 1 (MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH)
Soalan L1.1: 
Sebutkan Dua Kalimah Syahadah dengan Sempurna.


Soalan L1.2:
Nyatakan erti Dua Kalimah Syahadah

Jawapan: 
Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah, dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad Pesuruh Allah.


READ MORE - Penilaian Pafa: Kod 1

Peta Minda Pelajar Cemerlang

READ MORE - Peta Minda Pelajar Cemerlang

Suka SmartPafa

Pengikut SmartPafa